Monday, August 27, 2007

Rawatan Alternatif Bagi Barah PayuDara

Ekstrak dari sumber : http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/Maklumat/index.htm

http://syiekatsuya.co.uk/weblog/?p=8

Terima Kasih.



Mengenali Barah Payudara


















Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).

Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.

Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?

Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling). Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko.

Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung. Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza.

Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara. Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.

Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

Pandangan menyeluruh

Hampir semua orang mengenali seseorang atau tahu mengenai seseorang yang menghidap kanser payudara: Seorang ibu, kakak atau adik, nenek, makcik, rakan sekerja, kawan, jiran atau kadangkala (walaupun cukup jarang) seorang ayah atau abang.

Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan di hampir semua pelosok dunia. Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara, sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika.

Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat. Pada tahun 2000, terdapat 1,050,346 kes dilaporkan dengan 372,969 kematian akibat kanser payudara di seluruh dunia.

Insiden in mempunyai julat purata daripada 95 bagi setiap 100,000 di negara maju dan 20 bagi 100,000 di negara membangun. Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, sifat revolusi reproduktif seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden juga bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat (AMERIKA SYARIKAT).

Insiden kanser (bilangan kes kanser baru) semakin meningkat. Statistik bagi fenomena ini lebih menakutkan di negara seperti Amerika Syarikat dengan 184,000 kes baru kanser payu dara di kenal pasti setiap tahun. Institut Kanser Kebangsaan menganggarkan bahawa menjelang umur 50 tahun, satu daripada setiap 50 wanita akan menghidap kanser payudara. Menjelang umur 80 tahun, bilangan ini meningkat kepada 1 daripada setiap sepuluh orang.

Jika risiko insiden ini dikira sepanjang hayat seorang wanita, maka satu daripada setiap 8 wanita akan menghidapi kanser payudara. Satu daripada setiap 28 akan mati akibat penyakit ini. Satu daripada setiap 3000 akan menghidap kanser payudara semasa mereka hamil dan wanita hamil lebih cenderung menghidap penghidap penyakit ini dalam lingkungan umur 30-an. (Hanya 2% daripada kanser payudara didiagnosis di kalangan wanita hamil.)



Statistik:

  • Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara (AMERIKA SYARIKAT)
  • Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara(AMERIKA SYARIKAT)
  • Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara (UK)Di negara dengan kadarnya rendah setakat ini, terutamanya di Asia, kadar peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti).

Kanser Payudara di Malaysia – Fakta


  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
    Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
  • Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  • Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.
  • Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia. Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

Kanser Payudara di Singapura

Daftar Kanser Singapura juga melaporkan insiden kanser yang lebih rendah di kalangan wanita Melayu berbanding wanita Cina dan India. Singapura mencatatkan peningkatan pada kadar 3.7% setiap tahun bagi insiden kanser payudara dari 1968 ke 1997. insiden yang spesifik mengikut umur menunjukkan kadar tertinggi dalam julat umur 40-49 tahun dan kemudian kadarnya turun.

Ini bukan seperti insiden mengikut umur bagi wanita di Amerika yang meningkat dengan cepat sampai umur 50 tahun tetapi kemudian kadarnya perlahan tetapi masih tetap naik tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

Sumber: Vital Statistics Malaysia Kanser Payu dara di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1993-2003)

Dari tahun 1993 ke 2003, terdapat sejumlah 1818 pesakit kanser payudara di Hospital Universiti. Bilangan pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dengan bilangan tertinggi tercatat pada 2003. Ini 6 kali bilangan pesakit kanser payudara pada 1993.
Kanser payudara lebih biasa di kalangan wanita Cina berbanding wanita Melayu. 2% daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun. Majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis. Walau bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur tetapi mungkin berlaku akibat kedudukan hospital tersebut dan pelanggan mereka. Mungkin ini disebabkan oleh populasi bandar yang lebih muda atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan tradisi. 30-40% daripada jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap lewat dan walaupun wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang lebih kecil, pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.
Ini adalah kerana kekurangan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita mengakibatkan mereka berjumpa dengan pihak doktor hanya pada tahap lewat. Demi mengesyorkan kadar penyembuhan yang lebih baik, penyakit ini mesti di kenal pasti seawal mungkin. Adalah dicadangkan bahawa kanser payudara menghidap pada umur yang lebih muda dan lebih agresif di kalangan orang Asia. Hasil kajian mendapati bahawa kanser payudara di kalangan orang Asia lebih agresif berbanding dengan orang kulit putih. Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lebih mendalam diperlu dan akan dijalankan untuk menilai perbezaan antara kedua-dua kumpulan ini (kanser payu dara di kalangan Orang Asia dan Orang kulit putih).

Rawatan Alternatif bagi Barah Payudara

Kami menawarkan kaedah rawatan Alternatif bagi barah payu dara yang diperturunkan dari warisan perubatan herba bersumberkan tumbuhan alam semula jadi hutan tropika. Ramuan ini diamalkan oleh Masyarakat Iban dan ramuan yang sama juga digunakan oleh nenek moyang di Negeri Kelantan bagi mengatasi ketumbuhan (bernanah) pada payudara (Sekarang ini dipanggil Barah payudara).

Umum mengetahui bahawa susu haiwan liar seperti Susu Kuda Liar (http://www.healthfood.enetmyne.com/profile.html) dan Susu Harimau adalah ubat mujarab bagi menyembuhkan Barah Payudara. Malangnya susu haiwan sebegini amat payah diperolehi.

Ubat paling mujarab bagi mengatasi Barah Payu Dara ialah ialah Susu Harimau (betina). Tapi di mana nak diperolehi susu harimau. Mendekatinya sahaja sudah tidak mungkin lebih-lebih lagi ketika tempoh menyusui anaknya. Nak cari Nahas?

Anda mungkin pernah dengar, Cendawan/Kulat Susu harimau? sejenis cendawan yang hanya tumbuh di atas lelehan/tumpahan (ke tanah) susu harimau betina (yg sedang menyusukan anak). Ini sahaja sumber bagi 'mendekati' susu harimau. Di mana pula nak diperolehi kulat ini. Jawapannya ialah di Tengah Hutan Belantara. Hanya masyarakat orang asli yang boleh ke sana. Hanya kumpulan mereka yang mengenali dan tahu habitat Cendawan Susu Harimau. habis bagaimana?.

Anda jangan gusar. Kami boleh membantu anda. Kami yang sekian lama berhubung dengan perkampungan orang asli di seluruh semenanjung/ Sabah dan sarawak. Menggunakan warisan herba yang diperturun dari generasi ke generasi, kami rumuskan penyelesaian alternatif kepada barah Payudara. Ianya adalah seperti berikut:-

Ramuan Sapuan Luaran :

Kulat Susu harimau + Herba (Rumput/rumpai renek (nama iban - tidak diketahui. Nama Masarakat Kelantan-Rumput Toman/Tuman).

Ramuan Bagi mengelak ketumbuhan susulan:

Kapsul herba yang di rumus dari pohon tradisional- Pohon Jeruju. Terdapat 3 spesis iaitu Acanthus Volubilis, Acanthus Ebracteatus, Acanthus ilicifolius. Paling mujarab Acanthus Volubilis.

Kepada mereka yang mengalami/dikesan mengalami Barah Payudara dan ingin mendapatkan Krim Sapuan dan Kapsul Acanthus, sila hubungi kami 019-9429548 atau e-mail kepada mshatta98@hotmail.com

1 comment:

ella annurra abdullah said...

salam en hatta...nak tanya untuk Krim Sapuan dan Kapsul Acanthus tu how much yer?